Ni dah dekat2 nak puasa, cuaca pon bertambah la panas. Malam sentiasa berpeluh.
Kita dok sibuk2 buat persiapan diri, orang lain dah sibuk membeli beli nak jual kuih raya. Berduyun2 orang pergi kedai peralatan kek, beli berbalang-balang bekas biskut. Sampai penuh la but kereta.
Yang nak cari duit lebeh, terpaksa la mula dari sekarang, dok bagi sampel, untuk rasa la konon. Macam mana yer, agak nye harga yang akan dikenakan, memandangkan semua harga naik melambung. Gula naik, butter naik, isssh semua naik la.
Mampu lagi ke orang ni nak beli kuih raya?. Makan untuk sekadar dua tiga hari. Isi tembolok jer.
Hmm. Mana patut kita letak priority kita, beribadah atau mencari rezeki. Kos kehidupan dah naik, jadi kena cari rezeki lebeh. Tapi kalu bab ibadah, pun kena kumpul jugak. Antara mencari ruang ditengah mengharungi kehidupan ini. Dah penat buat kueh, penat la nak pergi solat terawih. Bak kata separuh orang, solat terawih tu sunat, pompuan tak gi pon tak pa. Tapi sayang la, kalu tinggal solat terawih ni, puasa datang sebulan sahaja dalam satu tahun, dan tak tentu lagi tahun depan kita ade lagi tak didunia ini?